Watak-watak Kelab Hos Ouran Ouran High School Host Club

  • Tamaki Suou (須王 環, Suou Tamaki) Seiyuu: Mamoru Miyano

Watak utama lelaki siri ini dan seorang pelajar Akademi Ouran di Tahun 2 (Tingkatan 5). Merupakan pelajar yang membina dan mengumpul ahli-ahli untuk Kelab Hos semasa di Tingkatan 3. Tamaki seorang yang amat kelakar selain daripada seorang yang peramah dan bermurah hati. Perasaannya senang disakiti atau tersentuh oleh perkara-perkara dan perkataan yang diucap oleh orang lain. Tamaki mempunyai darah Perancis selain dari Jepun. Dalam kelab hos, Tamaki mempunyai banyak gelaran. Antaranya ialah "ayah", "raja", "tono" yang bermaksud tuanku, dan Tama-chan. Tamaki ialah Pengerusi kepada Kelab Hos Ouran. Tamaki merupakan anak tunggal keluarga Suou.

Biografi

  • Nama lain: René Tamaki Richard Grantaine (nama Perancis)
  • Harijadi: 8hb April
  • Umur: 17 tahun
  • Bangsa: Jepun-Perancis
  • Ketinggian: 183cm (6'0")
  • Kumpulan darah: A
  • Subjek kegemaran: Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, dan Sejarah Dunia (juga meminati Sejarah Jepun)
  • Jenis hos: Putera (Prince)
  • Keputusan dalam Peperiksaan Pertengahan: Tahun ke-2 (Tingkatan 5) - Tempat ke-2
  • Warna bunga ros: Putih


  • Kyouya Ootori (鳳 鏡夜, Ootori Kyouya) Seiyuu: Masaya Matsukake

Kyouya merupakan rakan karib kepada Tamaki dan juga Naib Pengerusi untuk Kelab Hos Ouran. Seperti Tamaki, Kyouya ialah pelajar Tahun 2 (Tingkatan 5). Kyouya juga seorang yang amat pintar diantara semua pelajar-pelajar Akademi Ouran. Dia digelar 'Raja Bayangan' oleh ahli yang lain kerana sikapnya yang 'dingin' dan 'tamakkan' duit. Dalam posisinya sebagai Naib Pengerusi, Kyouya digelar 'ibu'. Kyouya juga mempunyai tekanan darah rendah dan selalu bangun dengan angin yang tidak baik, lalu diberi gelaran "Raja Syaitan Tekanan Darah Rendah". Kyouya merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. 3 orang abang Kyouya semuanya lepasan sekolah dan sedang berkerja.

Biografi

  • Nama gelaran: Raja Bayangan, Ibu, Kyou-chan, Raja Syaitan Tekanan Darah Rendah
  • Harijadi: 22hb November
  • Umur: 17 tahun
  • Ketinggian: 180cm (5'11")
  • Kumpulan darah: AB
  • Subjek kegemaran: Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, Fizik
  • Jenis hos: Cool
  • Keputusan dalam Peperiksaan Pertengahan: Tahun ke-2 (Tingkatan 5) - Tempat pertama
  • Warna bunga ros: Ungu


  • Kembar Hitachiin (Hitachiin Twins) Seiyuu: Kenichi Suzumura (Hikaru), Yoshinori Fujita (Kaoru)

Adik-beradik kembar yang suka bermain. Mereka berdua selalu mempermainkan rakan-rakan sekelas dan juga ahli Kelab Hos. Sebelum Kelab Hos dibina, si kembar tidak pernah berinteraksi dengan sesiapa-siapa. Ibu mereka (Yuzura Hitachiin) adalah seorang pereka manakala ayah mereka adalah seorang pereka komputer software. Kaoru merupakan ahli paling muda dalam Kelab Hos.

Biografi Kembar Hitachiin

  • Nama gelaran: Hika-chan (Hikaru); Kao-chan (Kaoru)
  • Harijadi: 9hb Jun
  • Umur: 16 tahun
  • Ketinggian: 178cm (5'10") (Hikaru dan Kaoru)
  • Kumpulan darah: B (Hikaru dan Kaoru)
  • Subjek kegemaran: Matematik, Fizik dan Kimia (Hikaru) ; Bahasa Inggeris, Moden Jepun dan Seni (Kaoru)
  • Jenis hos: Syaitan Kecil (Little Devil) (Hikaru dan Kaoru)
  • Keputusan dalam Peperiksaan Pertengahan: Tahun pertama (Tingkatan 4) - Tempat ke-5 (Hikaru) ; Tempat ke-4 (Kaoru)
  • Warna bunga ros: Biru (Hikaru) ; Oren (Kaoru)


  • Mitsukuni Haninozuka (埴之塚 光邦, Haninozuka Mitsukuni) Seiyuu: Ayaka Saito

Mitsukuni atau gelarannya, Honey, seorang budak lelaki tercomel dan pendek dalam Kelab Hos dan amat menyukai makanan manis. Honey suka memeluk orang dan sangat baik hati orangnya. Walaubagaimanapun, adalah tidak baik untuk merendahkan kecomelannya kerana Honey merupakan juara Karate dan Judo. Seperti Kyouya, Honey diberi gelaran 'Raksasa Tekanan Darah Rendah' dan akan bangun dalam keadaan angin buruk. Tamaki menjelaskan bahawa Honey amat menakutkan apabila berada dalam keadaan yang tidak baik atau marah. Honey mempunyai seorang adik bernama Yasuchika (diberi gelaran Chika).

Biografi

  • Nama gelaran: Honey, Raksasa Tekanan Darah Rendah
  • Harjadi: 29hb Februari
  • Umur: 17 tahun
  • Ketinggian: 148cm (4'10")
  • Kumpulan darah: AB
  • Subjek kegemaran: Matematik
  • Jenis hos: Loli-shota
  • Keputusan dalam Peperiksaan Pertengahan: Tahun ke-3 (Tingkatan 6) - Tempat pertama
  • Warna bunga ros: Merah jambu


  • Takashi Morinozuka (銛之塚 崇, Morinozuka Takashi) Seiyuu: Daisuke Kirii

Takashi atau nama gelarannya, Mori, seorang ahli Kelab Hos yang amat pendiam orangnya dan juga merupakan sepupu kepada Mitsukuni/Honey. Dalam keluarga Haninozuka dan Morinozuka, keluarga Morinozuka amat setia kepada keluarga Haninozuka di mana keluarga Morinozuka melindungi keluarga Haninozuka. Tetapi selepas pergabungan diantara kedua-dua keluarga tersebut melalui perkahwinan, tradisi tuan-hamba mereka digubalkan. Bagaimanapun, Mori bersifat seperti abang, dia sentiasa melindungi Honey dan melakukan apa sahaja deminya. Mori juga mempunyai seorang adik bernama Satoshi.

Biografi

  • Nama gelaran: Mori
  • Harjadi: 5hb Mei
  • Umur: 18 tahun
  • Ketinggian: 192cm (6'4")
  • Kumpulan darah: O
  • Subjek kegemaran: Geografi, Sejarah Jepun dan Kimia
  • Jenis hos: Liar (Wild)
  • Keputusan dalam Peperiksaan Pertengahan: Tahun ke-3 (Tingkatan 6) - Tempat ke-2
  • Warna bunga ros: Biru gelap


  • Haruhi Fujioka (藤岡 ハルヒ, Fujioka Haruhi) Seiyuu: Maaya Sakamoto

Haruhi adalah watak utama perempuan dalam siri ini dan juga merupakan salah satu pelajar terpintar di Akademi Ouran. Tiada sesiapa yang mengetahui bahawa Haruhi sebenarnya seorang perempuan kerana penampilannya kecuali ali-ahli Kelab Hos. Haruhi bukan seperti perempuan yang lain, dia berkelakuan seperti seorang lelaki (tomboyish) dan memakai sekolah pakaian lelaki. Di episod pertama, Haruhi dipaksa bayar balik untuk pasu yang bernilai ¥8,000,000 tetapi tidak mempunyai duit sebanyak itu, lalu Naib Pengerusinya, Kyouya menjelaskan bahawa dia perlu berkerja untuk mereka. Haruhi merupakan anak tunggal keluarga Fujioka. Ibunya telah meninggal dunia semasa Haruhi masih kecil.

Biografi

  • Nama gelaran: Haru-chan, si anak (oleh Tamaki dan Kyouya)
  • Harjadi: 2hb Februari
  • Umur: 16 tahun
  • Ketinggian: 154cm (5'2")
  • Kumpulan darah: O
  • Subjek kegemaran: Klasik Jepun, Bahasa Inggeris dan Sejarah Dunia
  • Jenis hos: Biasa (Natural)
  • Keputusan dalam Peperiksaan Pertengahan: Tahun pertama (Tingkatan 4) - Tempat pertama
  • Warna bunga ros: Merah